JERAM ORGANIK FARM

so mushroom to taste

                                        Pengenalan

Kami telah mula melibatkan diri di dalam aktiviti penanaman cendawan pada tahun 2004. Kami bermula dengan menjalankan aktiviti kecil-kecilan bagi mempelajari cara-cara terbaik penjagaan cendawan sebagai aktiviti waktu lapang. Pada peringkat awal, kami menjadikan kawasan persekitaran rumah sebagai kawasan menyimpan bongkah cendawan dan membeli bongkah cendawan dari pembekal tempatan.

Dengan hasil pengeluaran yang amat memuaskan bagi setiap bongkah sehingga mampu bertahan lebih dari lapan kali dengan penjagaan yang baik. Selepas mengikuti kursus yang dikendalikan oleh pihak swasta dan kempen penanaman cendawan yang dijalankan oleh Kementerian Pertanian di Putrajaya, ianya telah menimbulkan minat untuk menjalankan aktiviti secara komersial. Lanjutan dari itu kami telah menubuhkan sebuah Syarikat yang diberi nama Jeram Organic Farm Enterprise  bagi merialisasikan hasrat tersebut.

Jeram Organic Farm Enterprise  merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputra yang telah ditubuhkan secara rasmi pada 13hb Febuari 2008 menjalankan aktiviti penanaman Cendawan Tiram Kelabu  di tapak projek kami di Jeram Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Kalau dulu cara pembuatan bongkah adalah secara manual, tapi kini kami telah beralih kepada pengunaan mesin didalam membuat beg-beg cendawan. Terima kasih kepada Jabatan Pertanian Negeri Selangor Darul Ehsan yang banyak membantu kami didalam penyediaan mesin-mesin.

       Tapak Projek Jeram Organic Farm Enterprise

 
Rumah Cendawan

Bongkah di dalam Rumah Peram 

 

 Rumah Kukus Bongkah Cendawan

 
 
Pandangan Dalam Rumah Kukus
 
Bilik Suntik
 
 
 Penapisan Habuk Kayu
 
 
      

Susunan di dalam Rumah Pengeluaran

               

cendawan segar

 
 
 

Featured Products

No featured products

Barangan Jualan

Recent Videos

No recent videos